14 October 2012
PESANAN SULTAN AL-FATIH KEPADA ANAKNYA
1) Jadilah seorang yang adil,baik dan perihatin
2) Berikanlah perlindungan kepada rakyatmu tanpa memilih
3) Bekerjalah bagi menyebarkan agama islam. Tugas ini adalah tugas semua raja di muka bumi
4) Utamakan tumpuan kepada soal agama berbanding soal lain. Jangan engkau cuai menjalankannya
5) Jangan engkau lantik mereka yang tidak mengambil berat sol agama. juga mereka yang tidak menjauhi dosa besar dan tenggelam dalam kejahatan.
6) Jauhilah bidaah yang merosakkan. Juga jauhi orang yang mengajak engkau kepada bidaah
7) luaskan wilayah empayar melalui jihad
8) Jagalah harta baitul mal supaya tidak disia-siakan
9) Jangan sama sekali engkau sentuh harta rakyat kecuali dengan kebenaran islam
10) Sediakan makanan untuk mereka yang miskin dan berikanlah limpah kurnia engkau kepada mereka yang berhak.
13 October 2012
Guru Cemerlang
Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan
laluan kenaikan pangkat sebagai guru Cemerlang adalah untuk memberi
peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam
mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa
perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang
bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang
tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi
memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Pelaksanaan
konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang
dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan
motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi
tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan
Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah
untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.
Punca Kuasa
Pada
tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun meluluskan memorandum
bertajuk “ Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan:
Cadangan Yang Cemerlang”. Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah
dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang baru mulai tahun
1994.
Kuota Guru Cemerlang
Pada
tahun 1994, kuota asal Guru Cemerlang yang telah diluluskan dibawah SSB
adalah sebanyak 1,000 bagi kenaikan pangkat dari Gred DG3 ke DG2 dan
sebanyak 1,600 jawatan bagi kenaikan pangkat dari Gred D6 Ke Gred DG5.
Pada
tahun 2004, Kerajaan telah mewujudkan 12 kuota Guru Cemerlang Gred Khas
C. Pada tahun 2006, Kerajaan telah menambah kuota untuk gred sisipan
Gred DGA32,DGA34, DG44 dan Gred DG52 menjadikan jumlah kuota keseluruhan
Guru Cemerlang sebanyak 9,374.
Mulai
tahun 2006, konsep Guru Cemerlang Gred Khas C yang pada awalnya
dikhaskan untuk guru-guru di sekolah turut diperluaskan ke peringkat
institusi-institusi lain seperti IPG dan KM.
Mesyuarat
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang pada 26
Mac 2009 telah meluluskan pertambahan kuota jawatan Guru Cemerlang
menjadikan kuota keseluruhan jawatan Guru Cemerlang menjadi 14,327
jawatan )
Kuota Guru Cemerlang
Gred
|
Kuota Mengikut Tahun Diluluskan
|
|||
1994
|
2004
|
2006
|
2009
|
|
Khas C
|
-
|
12
|
24
|
36
|
DG54
|
-
|
-
|
100
|
134
|
DG52
|
-
|
-
|
250
|
336
|
DG48
|
1,000(DG2)
|
-
|
1,000
|
1,345(SM)
173(SR)
|
DG44
|
-
|
-
|
4,000
|
5,379(SM)
1,737(SR)
|
DGA38
|
-
|
-
|
-
|
237
|
DGA34
|
-
|
-
|
800
|
950
|
DGA32
|
1,600(DG5)
|
-
|
3,200
|
4,000
|
Jumlah
|
2,600
|
12
|
9,374
|
14,327
|
Syarat-syarat Pemangkuan
Bagi
melayakkan calon untuk memangku Guru Cemerlang, calon perlu memenuhi
syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat pemangkuan
terbahagi kepada (2) bahagian iaitu syarat-syarat khusus.
Syarat-syarat Umum
Disahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DG44(KUP) sahaja):
i. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT bagi 3 tahun terakhir;
ii. Bebas daripada tindakan tatatertib;
iii. Telah mengisytiharkan harta;
iv. Lulus tapisan keutuhan SPRM;
v. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
vi. Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.
Syarat-syarat Khusus
- Bagi Gred DGA32(KUP): sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun mengajar mata pelajaran kepakaran:
- Bagi Gred DG44(KUP): sekurang-kurang 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun terakhir mengajar mata pelajaran pakar;
- Bagi Gred DG48(KUP); telahdinaikkanpangkat ke Gred DG44(KUP)/Gred DG44 hakiki
- Bagi Gred DG52(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48(KUP)/Gred48 hakiki
- Bagi Gred DG54(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52(KUP)/Gred DG52 hakiki;
- Bagi Gred Khas C (KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG54(KUP)/Gred DG54 hakiki.
Subscribe to:
Posts (Atom)