24 November 2012

Latih Tubi




Contoh soalan latihan berkaitan Rukun Solat..

Tandakan ( / ) pada perkara-perkara Rukun Solat dan ( X ) pada yang bukan perkara-perkara Rukun Solat.

1.  Berdiri betul.                                             (     )

2.  Membaca surah selepas Surah Al Fatihah.      (     )

3.  Takbiratul Ihram ( Allahuakbar).                   (     )

4.  Rukuk serta Tomakninah.                            (     )

5.  Bacaan tasbih ketika rukuk.                         (     )

6.  Bacaan ketika duduk antara dua sujud.         (     )

7.  Sujud serta tomakninah.                             (     )

8.  Duduk Tahiyat Akhir.                                  (     )

9.  Membaca Tahiyat Akhir.                              (     )

10. Salam kedua.                                           (     )




22 November 2012

Rukun Solat.


Assalamualaikum wbt. Kali ini saya akan berkongsi tentang Pecahan dari Rukun Solat. Rukun solat ada 13. Manakala terdapat 3 pecahan dalam rukun terbabit iaitu Qalbi, Qauli dan Fi'li. 



KENA BERLAFAZ@BUNYI SUARA SEKURANG2 DENGAR PADA TELINGA KITA :
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
13. Tertib [Qalbi]



14 November 2012

Solat yg Diwajibkan & Waktu Solat

Solat yang diwajibkan :

1. Solat Subuh - 2 rakaat
2. Solat Zuhur - 4 rakaat
3. Solat Asar - 4 rakaat
4. Solat Maghrib - 3 rakaat
5. Solat Isyak - 4 rakaat

Waktu Solat :

1. Solat Subuh - Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.
2. Solat Zuhur - Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
3. Solat Asar - Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.  
4. Solat Maghrib - Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.  
5. Solat Isyak - Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.  

Dalil Disyariatkan Solat

Dalil disyariatkan solat:



 maksudnya : Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.



Definisi Solat

Definisi Solat : 


  • Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
  • Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
    yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
    syarat-syarat tertentu.
  • Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qauli.
    Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
    fi‘li dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
    sebagai rukun qalbi