14 December 2012

CARA-CARA MELAKUKAN SUJUD SAHWI



1.       BERNIAT
Orang yang hendak melakukan sujud sahwi perlulah berniat melakukannya.

2.       DI HUJUNG SOLAT
Ia hendaklah dilakukan di hujung solat sebelum salam.

3.       TEMPOH SELEPAS SOLAT
Jika terlupa sujud sebelum salam, bolehlah sujud selepas memberi salam dengan syarat tidak terlalu lama, jika tidak luputlah sunat melakukan sujud sahwi.

Tetapi  jika dia baru teringat untuk melakukan  sujud sahwi selepas memberi salam  dalam jangka masa yang singkat, dia masih boleh melakukannya.Dia hendaklah  kembali sujud, duduk, sujud semula dan serta memberi salam sekali lagi.

4.      ANGGARAN TEMPOH
Anggaran tempoh yang dikira  lama selepas salam ialah sekadar boleh mendirikan solat sunat dua rakaat yang ringan.

5.       BILANGAN SUJUD
Sujud sahwi dilakukan sebanyak dua kali sujud dan pada kedua-dua sujud tersebut hendaklah dibaca tasbih berikut :



سُبْحَانَ مَن لاَيَنَامُ وَلايَسْهُو

Maksudnya: “Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”

13 December 2012

Perkara Sunat Dalam Solat


PERKARA SUNAT DALAM SOLAT
Perkara sunat dalam solat terbahagi kepada 2 iaitu ;

1. SUNAT AB’AD – Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya.  Jika tertinggal, tidak membatalkan solat, tetapi SUNAT diganti dgn SUJUD SAHWI. Ia terdiri drp ;
a) Membaca tasyahud awal
b) Duduk membaca tasyahud awal
c) Selawat ke atas nabi selepas membaca tasyahud awal
d) ke atas nabi selepas membaca tasyahud akhir
e) membaca Qunut. 
f) Berdiri ketika membaca Qunut.
g) Selawat ke atas nabi selepas membaca Qunut.
h) Selawat  ke atas keluarga nabi selepas membaca Qunut.


اللَّهُ أكْبَرُ كَبِيراً، وَالحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيراً، وَسُبْحَانَ اللّه بُكْرَةً وَأصِيلاً،
 وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ
حَنِيفاً مُسْلِماً وما أنا من المُشْرِكِينَ، إنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبّ العالَمِينَ لا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وأنَا مِنَ المُسْلِمينَ

2. SUNAT HAIAT - Perkara sunat yang sangat dituntut dan diberi pahala jika melakukannya.  Jika tertinggal, tidak membatalkan solat. Ia terdiri drp ;
a) Membaca doa Iftitah.
b) Membaca Ta’awuz.
c) Mengucap Amin slps membaca al-Fatihah.
d) Mengucap takbir ketika hendak rukuk.
e) Membaca tasbih ketika rukuk, iktidal dan sujud
f) Mengangkat tangan hingga ke telinga ketika takbiratul ihram
g) Meletakkan tapak tangan kanan ke atas tangan kiri
h) Membaca ayat al-Quran selepas membaca al-Fatihah
i) Membaca doa ketika duduk di antara 2 sujud
j) Berpaling muka ke kanan dan kiri ketika memberi salam.



11 December 2012

Seksaan orang yang meninggalkan solat



6 SEKSAAN SEMASA HIDUP DI DUNIA
1.    Umurnya tidak berkat
2.    Akan dihapus tanda-tanda orang soleh dari mukanya
3.    Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberi pahala padanya.
4.    Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah
5.    Dia dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6.    Tidak ada baginya bahagian daripada doa untuk orang-orang soleh.
3 SEKSAAN KETIKA HENDAK MATI
1.    Mati dalam kehinaan
2.    Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3.    Mati dalam keadaan dahaga yang amat, sehinggakan jika dituang semua air laut di dunia ini dia tetap akan berasa dahaga.
3 SEKSAAN DI DALAM KUBUR
1.    Kuburnya disempitkan
2.    Dinyalakan api, yang mana dia akan membalik-balikkan dirinya dalam bara api itu.
3.    Allah mengarahkan ular yang besar, dinamakan “ Shajkul Akrak” untuk menyeksa si mayat.
3 SEKSAAN DI HARI KIAMAT
1.    Allah memerintah malaikat azab menghela orang yang tidak solat ke dalam neraka.
2.    Allah menilik pada orang yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka.
3.    Allah akan mengira orang yang tidak solat itu dengan kiraan yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firmanNya yang bermaksud, “ Apa yang membawa kamu ke neraka?” Mereka menjawab “ Kami tidak solat.”

( sumber rujukan:Ensiklopedia Solat – Kombinasi Fakta Hukum dan Sains)

10 December 2012

latihan

Latihan 2

Jawab semua soalan berikut.

A. Nyatakan 3 hikmah menunaikan solat fardu.
  1. _____________________________________________
  2. _____________________________________________
  3. _____________________________________________
 B. Tuliskan 3 perkara yang membatalkan solat.
  1. _____________________________________________
  2. _____________________________________________
  3. _____________________________________________
C. Tuliskan 3 syarat sah solat.
  1. _____________________________________________
  2. _____________________________________________
  3. _____________________________________________

06 December 2012

Perkara yg Membatalkan Solat

1. Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan.
2. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan .
3. Bekata-kata dengan tidak sengaja walaupun dengan satu huruf yang ada pengertian.
4. Terbuka auratnya.
5. Makan minum walaupun hanya sedikit.
6. Mengubah niat, misalnya ingin memutuskan solat.
7. Bergerak berturut-turut tiga kali seperti melangkah atau berjalan.
8. Membelakangi kiblat.
9. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.
10. Tertawa terbahak-bahak.
11. Mendahului imamnya.
12. Murtad ( terkeluar dari agama islam).