6 SEKSAAN SEMASA HIDUP DI DUNIA
1. Umurnya tidak berkat
2. Akan dihapus tanda-tanda orang soleh dari mukanya
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberi pahala padanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah
5. Dia dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa untuk orang-orang soleh.
3 SEKSAAN KETIKA HENDAK MATI
1. Mati dalam kehinaan
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3. Mati dalam keadaan dahaga yang amat, sehinggakan jika dituang semua air laut di dunia ini dia tetap akan berasa dahaga.
3 SEKSAAN DI DALAM KUBUR
1. Kuburnya disempitkan
2. Dinyalakan api, yang mana dia akan membalik-balikkan dirinya dalam bara api itu.
3. Allah mengarahkan ular yang besar, dinamakan “ Shajkul Akrak” untuk menyeksa si mayat.
3 SEKSAAN DI HARI KIAMAT
1. Allah memerintah malaikat azab menghela orang yang tidak solat ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak solat itu dengan kiraan yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firmanNya yang bermaksud, “ Apa yang membawa kamu ke neraka?” Mereka menjawab “ Kami tidak solat.”
( sumber rujukan:Ensiklopedia Solat – Kombinasi Fakta Hukum dan Sains)
No comments:
Post a Comment