22 November 2012

Rukun Solat.


Assalamualaikum wbt. Kali ini saya akan berkongsi tentang Pecahan dari Rukun Solat. Rukun solat ada 13. Manakala terdapat 3 pecahan dalam rukun terbabit iaitu Qalbi, Qauli dan Fi'li. 



KENA BERLAFAZ@BUNYI SUARA SEKURANG2 DENGAR PADA TELINGA KITA :
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
13. Tertib [Qalbi]



1 comment:

  1. Alhamdulillah....... ana bersyukur kpd Allah... krn mendapat ilmu dari blog anti, Alhamdulillah.......

    ReplyDelete