14 December 2012

CARA-CARA MELAKUKAN SUJUD SAHWI



1.       BERNIAT
Orang yang hendak melakukan sujud sahwi perlulah berniat melakukannya.

2.       DI HUJUNG SOLAT
Ia hendaklah dilakukan di hujung solat sebelum salam.

3.       TEMPOH SELEPAS SOLAT
Jika terlupa sujud sebelum salam, bolehlah sujud selepas memberi salam dengan syarat tidak terlalu lama, jika tidak luputlah sunat melakukan sujud sahwi.

Tetapi  jika dia baru teringat untuk melakukan  sujud sahwi selepas memberi salam  dalam jangka masa yang singkat, dia masih boleh melakukannya.Dia hendaklah  kembali sujud, duduk, sujud semula dan serta memberi salam sekali lagi.

4.      ANGGARAN TEMPOH
Anggaran tempoh yang dikira  lama selepas salam ialah sekadar boleh mendirikan solat sunat dua rakaat yang ringan.

5.       BILANGAN SUJUD
Sujud sahwi dilakukan sebanyak dua kali sujud dan pada kedua-dua sujud tersebut hendaklah dibaca tasbih berikut :



سُبْحَانَ مَن لاَيَنَامُ وَلايَسْهُو

Maksudnya: “Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”

14 comments:

  1. maghrib td trlebih rakaat so buat sujud sahwi slepas salam tp tanpa zikir sujud sahwi hanya doa sujud, adakah sah sujud sahwi saya?

    ReplyDelete
  2. owhh..kena sujud 2 kali ye..klu sujud skali,maknanya x sah lah ye??

    ReplyDelete
  3. sujud...pastu duduk antara dua sujud tu kena baca bacaan macam biasa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Kalau terlupa baca tahyat awal boleh sujud sahwi tak

    ReplyDelete
  5. kalau bca dlm bhasa melayu boleh?

    ReplyDelete
  6. sy ade terbaca bacaan dalam satu artikel yang mengatakan tiada bacaan khusus dalam sujud sahwi, bermaksud kita boleh diam sahaja atau baca bacaan seperti dalam sujud biasa. please make it clear :)

    ReplyDelete
  7. apa yg farah maakon ckap tu betul.. and xboleh baca dlm bhasa melayu dlm solat

    ReplyDelete
  8. Pada lain atikel yg saya baca ada menyebut tentang takbir semasa sujud sahwi.adakah takbir yg dimaksudkan itu dgn mengangkat tgn sebagaimana takbiratul ikhram atau sekadar bacaan di mulut shj?

    ReplyDelete
  9. macam mana kalau kita adlh yg makmum?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.jika kita ragu2 n was wasdalam solat contohnya rukuk dh buat ke masa rakaat ke3 td rasa dh buat...adakah kene buat sujud sahwi...

    ReplyDelete